---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Monday, January 11, 2021

 Jalan Lapang Menuju Surga Allah

Para sahabat tercinta yang dimuliakan Allah. Banyak jalan yang mudah menuju surga Allah. Salah satu cara mudah menuju surga Allah adalah dengan menjadi orang yang gemar mengunjungi orang sakit. Dengan mengunjungi orang sakit kita boleh meningkatkan pundi pahala silatulrahim dan kita semakin banyak mensyukuri kesihatan kita.

Dengan mengunjungi orang sakit kita pun dapat memberikan semangat juang untuk si pesakit agar cepat sembuh. Dengan mengunjungi orang sakit menandakan bahawa kita termasuk orang yang beriman kerana mengunjungi orang sakit itu termasuk hak orang sakit yang harus kita berikan. Dengan mengunjungi orang sakit kita dapat mengambil hikmah bahawa kita harus makin banyak beramal salih ketika kita masih sihat sebelum datangnya  sakit. 


Karena besarnya hikmah dan pahala bagi orang yang mengunjungi orang sakit maka Allah menjanjikan rumah di syurga bagi pengunjung orang sakit. 


Perhatikan hadits qudsi berikut:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا زَارَ الْمُسْلِمُ أَخَاهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَوْ عَادَهُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ طِبْتَ وَتَبَوَّأْتَ مِنْ الْجَنَّةِ مَنْزِلًا


Rasulullah SAW Bersabda: Jika seorang muslim berkunjung kepada saudaranya kerana Allah maka Allah 'azza wajalla berfirman: 'kamu telah berbuat baik, dan menempati rumah di surga.' (HR Imam Ahmad)

Para sahabat tercinta yang dimuliakan Allah.
Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita bahawa mengunjungi orang sakit itu termasuk kewajipan yang harus kiita laksanakan apabila memang ada kesempatan yg mendukungnya.


Rasulullah SAW bersbabda,"
أَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ وَفُكُّوا الْعَانِيَ

Berilah makan terhadap orang yang kelaparan, jenguklah orang sakit dan bebaskanlah tawanan. (HR Bukhari).

Semoga kita boleh meluangkan waktu sejenak untuk mengunjungi orang yang sakit apabila ada kelapangan.  Apabila kita tidak mampu mengunjungi orang sakit ketika sibuk, maka mendoakan kesembuhan untuk di sakit sudah dapat mewakili mengunjunginya.  Semoga para sahabat dan kerabat yang sekarang diuji sakit tetaplah bersabar menerima ujian sakit ini seraya mengizinkan kita berdoa semoga cepat sembuh dan boleh beramal salih yang lebih baik daripada waktu sebelum ini. Amiin.
Semoga bermanfaat. Amiin.

 

No comments:

Post a Comment