---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Friday, January 16, 2009

Tawadhuk

"Ya Rasulallah amalan apakah di dalam Islam yang baik.?" Seraya Rasulallah s.a.w menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal maupun tidak kamu kenal" (Hadis Riwayat: Bukhari)

Tawadhuk:

Petua untuk melepaskan diri daripada bahaya takabur ialah:
  1. Jika anda menemui orang jahil dan orang fasik, maka katakanlah (beritahu) pada diri anda sendiri iaitu: "Orang itu melakukan dosa kerana dia jahil, padahal aku ada ilmu kerana hajat Allah Ta'ala yang begitu tinggi terhadap diriku, tergamak melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa orang itu lebih baik (mulia) daripada aku."
  2. Sekiranya anda ternampak kanak-kanak, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "Kanak-kanak ini kalau melakukan dosa tidak diseksa Allah Ta'ala. Tetapi, kalau aku melakukan dosa, diseksa Allah Ta'ala. Maka tidak syak lagi bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada aku."
  3. Jika anda menemui orang alim, maka anda katakan dalam hati anda iaitu: "Orang ini dikurniakan Allah Ta'ala ilmu, sedangkan aku tidak dikurniakan sepertinya. Maka tidak syak lagi bahawa orang alim lebih mulia daripada aku. Sepatutnya aku bersopan santun dihadapannya (merendah diri)."
  4. Sekiranya anda menemui orang tua, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "Orang ini lebih tua daripadaku, tentu ilmunya pun banyak daripadaku kerana dia banyak melihat dan mendengar. Maka tidak syak lagi bahawa orang tua ini lebih mulia daripada aku."
  5. Kalau anda ternampak semua binatang, maka dalam hati anda katakan iaitu: "Binatang ini tidak berdosa, tidak diseksa Allah Ta'ala. Sedang aku diseksa Allah Ta'ala kerana melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa binatang ini lebih mulia daripada aku."

    Ketika itu juga anda akan tahu dan sedar bahawa diri anda itu tidak memilki kemuliaan walau sezarah pun iaitu selepas anda merenung diri anda. Bahkan diri anda itu amat hina, serba kekurangan, bebal dan jahil daripada orang lain walaupun anda memiliki martabat yang tinggi, keturunan yang mulia, sangat alim dan bijak daripada orang lain.

Thursday, January 15, 2009

Kekejaman ISRAEL LAKNATULLAH

















































































Sumbangan
Zul WLE

Wednesday, January 14, 2009

Kutipan Tabung Palestin

Seperti yang telah dimaklumkan pada minggu lepas Surau At-Tarbiyyah akan melancarkan kutipan untuk rakyat Palestin disepanjang bulan ini dengan kutipan dijalankan pada setiap malam Jumaat. Walaubagaimanapun pada ahli jemaah yang tidak mempunyai kesempatan masa bolehlah berhubung terus dengan Sdr Hamzah -Bendahari SAT ditalian 019-2402611.

Untuk renungan, memetik ayat Al Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara." (Al-Hujurat:10) .


Dan maksud Hadith Rasulullah s.aaw: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka."

Apa yang sedang berlaku di Gaza semejak Sabtu yang lepas adalah merupakan satu mesej kepada umat Islam agar segera bangkit dan memperbaharui iman dan ketaqwaan kita agar kita mempunyai kekuatan yang sebenar dalam menghadapi cabaran dan ancaman.
Kebiadapan dan kekejaman Yahudi telah melampaui batas menyebabkan umat Islam kehilangan kekuatan yang sebenar, iaitu iman dan hubungan yang tinggi kepada Allah sn.w. Kesannya umat Islam tidak ada keupayaan untuk bertindak, malahan ada kalangan umat Islam yang tidak kisah dan tidak peduli dengan apa yang berlaku di Gaza.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah laksana bangunan yang sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain ".

Sabda baginda lagi: "Perumpamaan orang-orang mukmin di dalam rasa cinta mereka, kasih sayang mereka dan kemesraan mereka seperti badan yang satu apabila sebahagian dari anggotanya mengadu sakit, maka bersama-samalah seluruh anggotanya dengan berjaga dan sakit".

Sabda baginda lagi: "Seorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi, tidak membiarkannya dan tidak menyerahkannya kepada bahaya. Barangsiapa menolong saudaranya, Allah akan menolongnya. Barangsiapa melepaskan saudaranya dari satu kesusahan, Allah melepaskannya dari satu kesulitan malah berbagai-bagai kesulitan pada hari kiamat, barangsiapa menutup rahsia, cacat cela (keaiban) seorang muslim, Allah menutup keaibannya pada hari kiamat".
Oleh kerana itu, kenalilah saudara-saudaramu, bersatu-padulah, nasihat menasihatilah dan tegur menegurlah dengan cara terbuka. Tanggung menanggunglah dan berkasih sayanglah, dan jadilah kamu bersaudara.

Marilah kita mengikhlaskan diri kita dan memberi sebanyak mungkin sumbangan demi agama Allah dan demi keselamatan saudara-saudara kita di Palestin.





Sumbangan:
Hj Ridzuan
Imam At-Tarbiyyah

Tuesday, January 13, 2009

Taqwq dan Akhlak Mulia

Para sahabat bertanya,"Apakah perlakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam SYURGA?", Jawab Baginda: "Taqwa & berakhlak mulia." Kemudian mereka bertanya tentang perlakuan yang banyak memasukkan seseorang ke dalam NERAKA. Baginda menjawab "Kejahatan mulut & kemaluan."

Hadith riwayat At-Tirmidzi "Tidak ada yang paling berat pada timbangan melainkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku."
Sebaik-baik kekayaan adalah kekayaan jiwa, sebaik-baik bekal adalah taqwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati, paling besar dosa adalah dusta, paling buruk mata pencarian adalah riba, paling buruk makanan adalah memakan harta anak yatim.
DARJAT PEMBACA Al-QURAN :
  1. Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari
  2. Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari
  3. Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari
  4. Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari
  5. Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari
  6. Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari
--Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus- -


UBAT HATI :
  1. Membaca Al-Quran bersama tafsirnya
  2. Solat malam @ Qiamullail
  3. Berkumpul/bergaul dengan orang-orang yang soleh
  4. Banyakkan berpuasa
  5. Zikir malam berpanjangan

--Petikan dari Syair Jawa--


DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN


"Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.) .


SEMBAHYANG LIMA WAKTU


Ada riwayat : Nabi s.a.w bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak! Jika BAIK maka baiklah segala amalan! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!


JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI! Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua


PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan:
  1. Makan daging
  2. Memakai haruman
  3. Kerap mandi
  4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan:
  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Selalu cemas
  3. Banyak minum air ketika makan
  4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata:
  1. Duduk mengadap kiblat
  2. Bercelak sebelum tidur
  3. Memandang yang hijau
  4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh
  3. Melihat kemaluan
  4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
  1. Tidak banyak berbual kosong
  2. Rajin bersugi (gosok gigi)
  3. Bercakap dengan orang soleh
  4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR:
  1. TIDUR PARA NABI-Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
  2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH- Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
  3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
  4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Dari Asma' Binti Abu Bakar r.a, katanya dia datang kepada Rasulullah s.a.w lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta), maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu. " Sahih Bukhari II, Kitab Zakat.

Monday, January 12, 2009

Mimpi Manakjubkan Sebelum Israq

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: " Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.N.W memberi minum hingga ia merasa puas.

  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.N.W lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.N.W lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Semoga menjadi pedoman dan panduan kepada kita. INSYALLAH
Wallahuwaklam.