Seperti yang telah dimaklumkan pada minggu lepas Surau At-Tarbiyyah akan melancarkan kutipan untuk rakyat Palestin disepanjang bulan ini dengan kutipan dijalankan pada setiap malam Jumaat. Walaubagaimanapun pada ahli jemaah yang tidak mempunyai kesempatan masa bolehlah berhubung terus dengan Sdr Hamzah -Bendahari SAT ditalian 019-2402611.
Untuk renungan, memetik ayat Al Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara." (Al-Hujurat:10) .
Untuk renungan, memetik ayat Al Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara." (Al-Hujurat:10) .
Dan maksud Hadith Rasulullah s.aaw: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka."
Apa yang sedang berlaku di Gaza semejak Sabtu yang lepas adalah merupakan satu mesej kepada umat Islam agar segera bangkit dan memperbaharui iman dan ketaqwaan kita agar kita mempunyai kekuatan yang sebenar dalam menghadapi cabaran dan ancaman.
Kebiadapan dan kekejaman Yahudi telah melampaui batas menyebabkan umat Islam kehilangan kekuatan yang sebenar, iaitu iman dan hubungan yang tinggi kepada Allah sn.w. Kesannya umat Islam tidak ada keupayaan untuk bertindak, malahan ada kalangan umat Islam yang tidak kisah dan tidak peduli dengan apa yang berlaku di Gaza.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah laksana bangunan yang sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain ".
Sabda baginda lagi: "Perumpamaan orang-orang mukmin di dalam rasa cinta mereka, kasih sayang mereka dan kemesraan mereka seperti badan yang satu apabila sebahagian dari anggotanya mengadu sakit, maka bersama-samalah seluruh anggotanya dengan berjaga dan sakit".
Sabda baginda lagi: "Seorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi, tidak membiarkannya dan tidak menyerahkannya kepada bahaya. Barangsiapa menolong saudaranya, Allah akan menolongnya. Barangsiapa melepaskan saudaranya dari satu kesusahan, Allah melepaskannya dari satu kesulitan malah berbagai-bagai kesulitan pada hari kiamat, barangsiapa menutup rahsia, cacat cela (keaiban) seorang muslim, Allah menutup keaibannya pada hari kiamat".
Oleh kerana itu, kenalilah saudara-saudaramu, bersatu-padulah, nasihat menasihatilah dan tegur menegurlah dengan cara terbuka. Tanggung menanggunglah dan berkasih sayanglah, dan jadilah kamu bersaudara.
Marilah kita mengikhlaskan diri kita dan memberi sebanyak mungkin sumbangan demi agama Allah dan demi keselamatan saudara-saudara kita di Palestin.
Sumbangan:
Hj Ridzuan
Imam At-Tarbiyyah
No comments:
Post a Comment