---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, September 13, 2011

Kenali Imam Tarawih Anda

Assalamualaikum w.b.t
Ramadhan sudah pun menutup tirainya, tahukan anda siapa imam Tarawih kita? Mereka adalah pelajar-pelajar UIA yang masih menuntut. Berikut adalah biodata mereka:


Ahmad Fathi Firdaus bin Isahak berasal dari Kelantan Darul Naim, mendapat didikan awal Sek Ren Islam Sri Nurul Hidayah, mendapat taraf hufaz dari Persijilan Darul Quran, Kuala Kubu Bharu sesi 2007/2008 dan kini melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Usuluddin di UIA, Gombak.








Mohd Hafy bin Mohd Shah berasal dari Gombak, Selangor. Mula menghafal Al-Quran sejak berumur 11 tahun di Maahad Tahfiz Darul Quran Walqiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Kini melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh di UIA, Gombak.







Abdullah Fathi bin Che Pa, berasal dari Pasir Mas , Kelantan. Menghafal Al-Quran di Maahad Tahfiz Walqiraat Pulai Chondong, Machang, Kelantan, dan sekarang dalam tahun akhir Ijazah Usuluddin, Perbandingan Agama,Kuliyyah Ilmu Wahyu danWarisan, UIA, Gombak.



Pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah mengucapkan jutaan terima kasih kepada 3 anak muda ini yang telah bersama-sama mengimamkan Solat Sunat Tarawih sehingga malam ke-26 Ramadhan, semoga dirahmati Allah dan berjaya dalam pengijazahan masing-masing. Jazakallah.