---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, July 15, 2010

Pohon Sumbangan Pembinaan Madrasah At-Tarbiyyah

POHON SUMBANGAN PEMBINAAN BANGUNAN MADRASAH AT-TARBIYYAH

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT, yang mana projek pembinaan bangunan Madrasah At-Tarbiyyah telah 85% siap. Baki kerja ialah pemasangan siling, pendawaian elektrik, kerja-kerja longkang dan kaki lima. Keseluruhan kerja akan disiapkan sebelum Ramadhan ini, InsyaAllah.

Sayugia dimaklumkan bahawa kos pembinaan bangunan ini ialah RM105,642.00. Jumlah sumbangan yang diperolehi dari ahli-ahli kariah setakat ini terkumpul ialah RM 97,000.00. Ini bermakna kita masih kekurangan sebanyak RM8,642.00.

Disamping itu, kita memerlukan tambahan kewangan, dianggarkan sebanyak RM 30,000.00. Kos tambahan ini meliputi pemasangan “Awning” tambahan, pembelian perkakasan dalaman seperti kerusi, kabinet, “white board” dan pemasangan kabinet dapur yang baru.

Oleh itu, jumlah kewangan tambahan yang diperlukan ialah sebanyak RM 38,642.00.

Sehubungan dengan ini, saya menyeru sekali lagi kepada ahli-ahli kariah, sudi kiranya memberikan sumbangan agar kekurangan tersebut dapat diatasi.

Kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT, semoga bangunan tambahan ini akan dapat dimanfaatkan mulai bulan Ramadhan tahun ini.

Saya bagi pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan ahli-ahli kariah dan sumbangan yang diberikan. DIdoakan agar Allah SWT memberkati kehidupan kita di dunia dan kebahagian di akhirat, InsyaAllah.

Terima Kasih.

Wassalam.

Syed Salim Abu Bakar

Pengerusi Surau At-Tarbiyyah.

Bertarikh : 3 Syaban 1431H/15 Julai 2010

Tuesday, July 13, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Diamlah sejenak, Bukalah dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil .

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan, kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku).

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu. -Wallahua'lam- Ya Allah! Hanya keredhaanMu kami pinta Kurniakanlah hidayahMu kepada kami Rahmatilah kami Amin Yaa Rabbal aa'lamin

Sumbangan: Hj Bahadum b Yusof

Bangunan Tambahan Surau At-Tarbiyyah

Alhamdulillah. Seperti yang kita harapkan, kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan Surau At-Tarbiyyah berjalan dengan lancar. Gambar terbaru dibawah menunjukkan kerja-kerja "plaster" telah pun dibuat.

Atap pun telah dipasang sebahagiannya, insyallah, berkat doa semua, bulan Ramadhan nanti dapatlah kita sama-sama menafaatkan bangunan tambahan ini.