---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, July 15, 2010

Pohon Sumbangan Pembinaan Madrasah At-Tarbiyyah

POHON SUMBANGAN PEMBINAAN BANGUNAN MADRASAH AT-TARBIYYAH

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT, yang mana projek pembinaan bangunan Madrasah At-Tarbiyyah telah 85% siap. Baki kerja ialah pemasangan siling, pendawaian elektrik, kerja-kerja longkang dan kaki lima. Keseluruhan kerja akan disiapkan sebelum Ramadhan ini, InsyaAllah.

Sayugia dimaklumkan bahawa kos pembinaan bangunan ini ialah RM105,642.00. Jumlah sumbangan yang diperolehi dari ahli-ahli kariah setakat ini terkumpul ialah RM 97,000.00. Ini bermakna kita masih kekurangan sebanyak RM8,642.00.

Disamping itu, kita memerlukan tambahan kewangan, dianggarkan sebanyak RM 30,000.00. Kos tambahan ini meliputi pemasangan “Awning” tambahan, pembelian perkakasan dalaman seperti kerusi, kabinet, “white board” dan pemasangan kabinet dapur yang baru.

Oleh itu, jumlah kewangan tambahan yang diperlukan ialah sebanyak RM 38,642.00.

Sehubungan dengan ini, saya menyeru sekali lagi kepada ahli-ahli kariah, sudi kiranya memberikan sumbangan agar kekurangan tersebut dapat diatasi.

Kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT, semoga bangunan tambahan ini akan dapat dimanfaatkan mulai bulan Ramadhan tahun ini.

Saya bagi pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan ahli-ahli kariah dan sumbangan yang diberikan. DIdoakan agar Allah SWT memberkati kehidupan kita di dunia dan kebahagian di akhirat, InsyaAllah.

Terima Kasih.

Wassalam.

Syed Salim Abu Bakar

Pengerusi Surau At-Tarbiyyah.

Bertarikh : 3 Syaban 1431H/15 Julai 2010

No comments:

Post a Comment