---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, July 22, 2010

Kemajuan Pengubahsuaian Bangunan Tambahan

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah s.n.w atas limpah rahmatnya, kita masih diberi peluang menghirup udara dan diberi rezeki siang dan malam. Begitu jugalah situasi surau kita yang sedang dalam sedang pengubahsuaian.

Gambar ini dipetik petang tadi 22hb Jul 2010 hari Khamis,jam 6 petang menunjukkan bangunan tambahan surau kita hampir 90% siap, atap dah dipasang, tingkap pun dah ada, siling dah lengkap, cuma hiasan dalaman saja lagi.

Kos pembinaan lebih kurang RM105,000 dan kita masih lagi kekurangan RM30,000 dana untuk melengkapkan hiasan dalaman seperti yang diwar-warkan dalam laman blog ini dan juga notis yang tertera dipapan kenyataan surau.


Ahli qariah yang ingin menyumbang bolehlah disumbangkan terus kepada Bendahari kita Sdra Hamzah b Mohamad. Insyallah, berkat doa semua, bangunan tambahan surau kita dapat kita gunakan awal Ramadhan nanti. INSYALLAH.