---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah.

Saturday, October 11, 2008

Majlis Hari Raya Teratak Hj Rasali

Alhamdulillah. Majlis Idilfitri yang berlangsung malam tadi di Teratak Hj Rasali berjalan dengan begitu baik sekali dengan penuh sifat ukhwah dan persaudaraan yang terjalin mesra. Para jemaah ke rumah beliau selepas solat Isyak diketuai oleh Tn Pengerusi kita Ir Tn Hj Syed Salim dan para AJK Surau.
Tn Hj Rasali menyambut kedatangan tuan imam, Tn Hj Riduan dengan penuh kemesraan yang telah terjalin sekian lama tetapi tidak lupa bermaaf-maafan.


Kelihatan Tn Pengerusi bersama Tn Hj Ghazali, Tn Hj Rahman, Tn Hj Rahim, Tn Hj Riduan dan Tn Hj Bahadum sedang menikmati juadah yang disediakan..... Ummmmppphh








Seronoknya makan... Sdr Bendahari kita Hamzah dan Tn Hj Razi tak putus-putus menikmati juadah sejak sampai. Dah berapa kali tambah dah ooiii..... Orang belakang amacam??






Tn Hj Zakaria, bilal Masjid Bukit Indah pun ada mai sekali.. Dikenali sebagai Pak Ya, orang Kedah, bab makan bagi "no problem", habaq mai tang mana, bila?




Setiausaha kita, Tn Hj Zakaria yang dikenali juga sebagai Pok Ya dah nak beransur tu, tinggallah Sdr Shaharuddin tu sorang-sorang, pulon Din, pulon.....mana-mana yang akhir tu cuci pinggan yaaaaa..
Sdr Kamal dan Aziz, sedang khusyuk mendengar cerita dari Sdr Hj Man... Pasal balik raya baru ni lah tu.. Jem kat tol Juru, Pulau Pinang


Majlis raya rumah dia orang bila??? Cepat lah bagi tau...

Friday, October 10, 2008

Sepuloh Jenis Manusia

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah s.a.w : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawab Rasulullah s.a.w "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU".

"Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
  1. Para Nabi
  2. Para Ahli Jihad
  3. Para Alim Ulama
  4. Para Syuhada
  5. Para Penghafal Al Quran
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil
  7. Tukang Azan
  8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beri man .
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.n.w memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: " Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. "

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al- Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Wallahuwaklam.

Thursday, October 9, 2008

Khutbah Syawal 1429H (siri 3)



اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SIDANG JAMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH

8. LATIHAN SEPANJANG RAMADHAN YANG BARU BERLALU AMAT PENTING DALAM KONTEKS SEORANG PEJUANG ATAU PERAJURIT. IA MERUPAKAN SALAH SATU PENGISIAN YANG MEMENUHI DASAR PEMBINAAN MENTAL DAN KEROHANIAN ISLAM. ANGGOTA YANG MEMILIKI KEKUATAN DALAMAN ATAU SPIRITUAL INI DI SAMPING KEKUATAN FIZIKAL DAN LOGISTIK MERUPAKAN ANGGOTA YANG MENJADI PILIHAN PANGLIMA SALAHUDDIN AL-AYYUBI DALAM MISI PERANG SALIB. SEBAGAI PANGLIMA PERANG, BELIAU BIASA MELAKUKAN RONDAAN MALAM KE KHEMAH-KHEMAH TENTERANYA. APABILA MELALUI KHEMAH-KHEMAH YANG PENGHUNINYA MENDIRIKAN SOLAT, MEMBACA AL-QURAN, BERTASBIH, BERISTIGHFAR SERTA BERZIKIR KEPADA ALLAH MAKA DIA BERKATA “DARI SINILAH AKAN DATANGNYA KEMENANGAN”. SEBALIKNYA APABILA MELIHAT TENTERA-TENTERA YANG ADA DI DALAM KHEMAH TERLELAP DALAM TIDUR YANG NYENYAK MAKA DIA BERKATA “AKU KHUATIR KEKALAHAN DATANG DARI SINI, DARI TENTERA-TENTERA YANG TERLELAP DALAM TIDUR DAN LALAI”. TENTERA YANG PADA SIANGNYA UMPAMA SINGA-SINGA YANG LAPAR MANAKALA MALAMNYA UMPAMA ABID KEKASIH ALLAH INILAH YANG BERSAMA-SAMA PANGLIMA SALAHUDDIN AL-AYYUBI MEMBEBASKAN BAITUL MAQDIS DALAM PEPERANGAN HITTIN ( حِطِّين ) SETELAH 70 TAHUN IA BERADA DI TANGAN TENTERA-TENTERA SALIB. BEGITULAH KEKUATAN SPIRITUAL COMBAT POWER YANG ADA KEPADA UMAT ISLAM WALAUPUN DI LUARNYA NAMPAK LEMAH TETAPI DENGAN KEKUATAN AMALANNYA IA MENJADI LEBIH KERAS DARI SEBATANG POKOK YANG KERING, LEBIH HENING DARI MUTIARA, LEBIH TAJAM DARI DURI. SEMANGAT SEDEMIKIANLAH YANG DIKOBARKAN OLEH SYARIAT ISLAM MELALUI UCAPAN TAKBIR DI AIDIL FITRI INI.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْمُنَافِقُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الظَّالِمُوْنَ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

9. DALAM TAKBIR INI KITA BERIKRAR:

“BAHAWA KITA TIDAK AKAN TUNDUK DAN PATUH MELAINKAN HANYA KEPADA ALLAH WALAUPUN SIKAP KITA ITU DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR, SYIRIK, MUNAFIK DAN ZALIM. KITA TEGASKAN BAHAWA KITA YAKIN SEPENUHNYA KEPADA JANJI ALLAH YANG BENAR DAN DIA SAHAJA YANG MENOLONG DAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA HAMBANYA YANG BERIMAN. KITA TEGASKAN JUGA BAHAWA KITA YAKIN DIA SAHAJA YANG MEMPERKUATKAN TENTERA-TENTERANYA. DIA SAHAJALAH JUA YANG MENGHANCURKAN BARISAN MUSUHNYA YANG MENENTANG KEDAULATAN AGAMANYA.”

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

MUSLIMIN MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH

10. DALAM SUASANA KEGEMBIRAAN INI JANGANLAH SEKALI-KALI IANYA MELUPAKAN KITA UNTUK TURUT MERASAI KEPERITAN, KEPAHITAN, KESUSAHAN, KESEKSAAN YANG SEDANG DIALAMI OLEH SAUDARA SEAQIDAH KITA DI MANA SAHAJA DI BUMI ALLAH INI. SAUDARA-SAUDARA KITA YANG SEDANG MENGHADAPI TEKANAN, PENINDASAN SERTA PEMBUNUHAN DARI MUSUH-MUSUH ALLAH DAN MUSUH-MUSUH UMAT ISLAM. AGENDA MUSUH-MUSUH ISLAM INI SAMA ADA BERNAMA NASORO MAHUPUN YAHUDI ADALAH DISEBABKAN KITA BERIMAN DAN MENTAUHIDKAN ALLAH RABBUL JALIL SEMATA-MATA. PERKARA INI TELAH DISEBUT OLEH ALLAH SWT DALAM SURAH AL-BURUJ AYAT 8:
MAKSUDNYA: ”DAN MEREKA TIDAK MARAH DAN MENYEKSA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU MELAINKAN KERANA ORANG-ORANG ITU BERIMAN KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA LAGI MAHA TERPUJI”.

11. MARILAH KITA MENYEMARAKKAN SEMULA SEMANGAT JIHAD YANG SUDAH MULA MALAP. KITA SOROTI SEMANGAT BADAR AL-KUBRA. KITA CANANGKAN SUNTIKAN RAMADHAN YANG MERUPAKAN BULAN JIHAD AGAR DENGAN ITU MUSUH KITA AKAN BERFIKIR BERATUS KALI SEBELUM MEMBUAT APA-APA TINDAKAN KE ATAS UMAT ISLAM.

MUSLIMIN MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH

12. BERSEMPENA HARI LEBARAN INI MARILAH KITA MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN UNTUK RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG SEDANG MELAKSANAKAN AMANAH WALAU DI MANA MEREKA BERADA. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN MEREKA KEKUATAN, KESABARAN, KETABAHAN, KESUNGGUHAN UNTUK TERUS MENJADI GALANG GANTI DALAM MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA, KEDAULATAN NEGARA SERTA MARUAH BANGSA.

13. MARILAH KITA KALUNGKAN SERANGKAI DOA BUAT PARA MUJAHID YANG TERLEBIH DAHULU MENYAHUT PANGGILAN ILAHI. SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN PARA SYUHADA’ DAN SOLIHIN YANG ALLAH REDHAI. KEPADA ANAK ISTERI SERTA AHLI KELUARGA YANG DITINGGALKAN, KUATKANLAH SEMANGAT, TINGKATKANLAH KESABARAN, TEGUHKAN IMAN, TERIMA DAN AKURLAH BAHAWA SEMUANYA MERUPAKAN KETENTUAN ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI YANG SUDAH TERMAKTUB SEJAK AZALI LAGI.

14. BAGI KITA YANG DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK MELALUI RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SYAWAL YANG PENUH KEBERKATAN INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMPERBANYAKKAN BEKALAN DENGAN MENJADIKAN DETIK-DETIK KEHIDUPAN KITA SELANJUTNYA DIWARNAI OLEH AMAL-AMAL SOLEH SEBAGAI KESINAMBUNGAN DARI AMALAN SEPANJANG RAMADHAN YANG BARU BERLALU. MOGA-MOGA IANYA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T SEBAGAI AMALAN YANG DIREDHAINYA.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَـلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

MAKSUDNYA: ”DAN TIDAK ADA YANG LEBIH BAIK PERKATAANNYA DARIPADA ORANG YANG MENYERU KEPADA (MENGESAKAN DAN MEMATUHI PERINTAH) ALLAH, SERTA IA SENDIRI MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH, SAMBIL BERKATA: "SESUNGGUHNYA AKU ADALAH DARI ORANG-ORANG ISLAM (YANG BERSERAH BULAT-BULAT KEPADA ALLAH)".

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Wednesday, October 8, 2008

Khutbah Syawal 1429H (Siri 2)



اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
MUSLIMIN MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH

5. PERLU DIINGAT BAHAWA DI ANTARA MANUSIA ADA YANG MENGADAP ALLAH HANYA PADA BULAN RAMADHAN SAHAJA. BERAKHIRNYA RAMADHAN BERAKHIRLAH JUGA AMAL IBADAH YANG BEGITU TEKUN DILAKSANAKAN SEPANJANG RAMADHAN. MEREKA DILANDA PENYAKIT MALAS, MUAK, MANGLI DAN SEUMPAMANYA. MASJID SUDAH JARANG DIKUNJUNGI, AL-QURAN SUDAH KADANG-KADANG SAHAJA DIBUKA, LIDAH TIDAK LAGI DIBASAHI DENGAN TAHLIL, TAHMID, TASBIH SERTA ZIKIR-ZIKIR YANG LAIN. IKTIKAF AMAT JAUH SEKALI. QIAMULLAIL APATAH LAGI. AMALAN SEDEKAH DAN SEUMPAMANYA TERUS MEMBEKU. SEOLAH-OLAH ALLAH HANYA LAYAK DISEMBAH PADA BULAN RAMADHAN. INGATLAH SESIAPA YANG MENYEMBAH BULAN RAMADHAN, SESUNGGGUHNYA BULAN RAMADHAN ITU TELAH PERGI DAN BERLALU. SEMENTARA ALLAH S.W.T TIDAK PERNAH MATI DAN SENTIASA HIDUP.

JUSTERU ITU MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA SEKELIAN SEBAGAI SEORANG MUKMIN, MUSLIM DAN MUTTAQIN UNTUK MENERUSKAN SEGALA AMALAN SOLEH SEPERTIMANA YANG DIAMALKAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN YANG BARU BERLALU SEPERTI SOLAT BERJEMAAH, SOLAT SUNAT, MEMBACA AL-QURAN, BERQIAMULLAIL, BERZIKIR, BERIKTIKAF, BERTAUBAT, BERDOA, BERSEDEKAH, BERADA DI DALAM HALAQAH ILMU DAN SEUMPAMANYA. KEDUDUKAN MEREKA YANG BERAMAL SOLEH TELAH DISEBUTKAN OLEH ALLAH SWT DALAM SURAH AN-NISAA’ AYAT 124:
MAKSUDNYA: ”DAN SESIAPA YANG MENGERJAKAN AMAL SOLEH, DARI LELAKI ATAU PEREMPUAN, SEDANG IA BERIMAN, MAKA MEREKA ITU AKAN MASUK SYURGA, DAN MEREKA PULA TIDAK AKAN DIANIAYA (ATAU DIKURANGKAN BALASANNYA) SEDIKITPUN”.

MUSLIMIN, MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH

6. MENYINSINGNYA FAJAR SYAWAL PADA PAGI INI TELAH MENGGAMIT KITA SEKELIAN MEMULAKAN AGENDA AIDIL FITRI DENGAN BERKUMPUL UNTUK BERSAMA-SAMA BERTAKBIR, BERTASBIH, BERTAHMID, MENGERJAKAN SOLAT SUNAT AIDIL FITRI, MENDENGAR DUA KHUTBAH SERTA DAPAT BERSILATURRAHIM SESAMA KITA UMAT RASULULLAH S.A.W. BEGINILAH CARANYA KITA DISURUH UNTUK MELAHIR DAN MENJURUSKAN RASA SYUKUR DAN KEGEMBIRAAN KITA MENGIKUT KERANGKA DAN PANDUAN ILAHI. FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 185:
MAKSUDNYA: ”DAN JUGA SUPAYA KAMU CUKUPKAN BILANGAN PUASA (SEBULAN RAMADAN), DAN SUPAYA KAMU MEMBESARKAN ALLAH KERANA MENDAPAT PETUNJUKNYA, DAN SUPAYA KAMU BERSYUKUR”.

7. KEMULIAAN AIDIL FITRI INI MARILAH KITA MANFAATKAN DENGAN BERMAAF-MAAFAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN. SIFAT BENCI-MEMBENCI DIGANTIKAN DENGAN SAYANG-MENYAYANGI, HENTAM-MENGHENTAM DIWARNAI DENGAN NASIHAT-MENASIHATI, BERMASAM MUKA KEPADA SENYUM MESRA, TIDAK BERTEGUR SAPA KEPADA TEGUR-MENEGUR ANTARA KITA, MAKI-HAMUN KEPADA KATA-KATA LUNAK MENUSUK KALBU, SIKAP PERSETERUAN KEPADA PERSAUDARAAN. PENDEKNYA SEMANGAT AIDIL FITRI KITA HIDUPKAN BAGI MENGHAYATI FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-HUJURAT AYAT 10:

MAKSUDNYA: ”SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU ADALAH BERSAUDARA, MAKA DAMAIKANLAH DI ANTARA DUA SAUDARA KAMU (YANG BERTELINGKAH) ITU; DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BEROLEH RAHMAT”.

Tuesday, October 7, 2008

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH .
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH , namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH . Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH ......AMIN..... .:

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam.'"Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya"

"Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

"Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api."

"Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." ( iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al- Hawiyah. "

"Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 : "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat". Wallahuwaklam.

Sedutan Khutbah Syawal 1429H (Siri 1)


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا تَعَاقَبَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا خَلَقَ مِنَ الشُّمُوْسِ وَاْلأَقْمَارِ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا خَفِيَتْ مِنَ اْلأَشْيَاءِ وَمَا ظَهَرَتْ بِاْلأَبْصَارِ،
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ.
اَلْحَمْدُ للهِ الْوَاحِدِ اْلقَهَّارِ، اَلْمَنَّانُ عَلَى عِبَادِهِ اْلمُخْلِصِيْنَ اْلأَبْرَارِ، أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اْلعَزِيْزُ اْلغَفَّارُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَناَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اْلمُخْتَارُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اْلأَخْيَار.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبْ.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

MUSLIMIN-MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN

1. BERTAQWALAH KITA SEKELIAN KEPADA ALLAH RABBUL JALIL DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA. TAQWA YANG MELONJAK NAIK SELEPAS KITA MELALUI LATIHAN SELAMA SEBULAN DI INSTITUT LATIHAN RAMADHAN SEBAGAI SATU SIJIL PENGIKTIRAFAN YANG ALLAH SWT SEBUTKAN DI PENGHUJUNG AYAT 183 SURAH AL-BAQARAH ﴾ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ﴿ MOGA-MOGA KAMU BERTAQWA.

2. HARI INI ADALAH HARI AIDIL FITRI, HARI KEMENANGAN, HARI KESERONOKAN, HARI UNTUK MENGUMANDANGKAN TAKBIR, MENGAGUNG DAN MEMBESARKAN NAMA ALLAH. ISLAM TELAH MENENTUKAN KEHIDUPAN KITA INI SENTIASA DALAM SUASANA TAKBIR IAITU MEMBESARKAN ALLAH AZZAWAJALLA. PADA HARI AIDIL FITRI SEPERTI SAAT INI, KITA DIANJURKAN UNTUK MENGUMANDANGKAN TAKBIR:



اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ


(ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ALLAH YANG MAHA BESAR, ALLAH YANG MAHA BESAR BAGI ALLAH SEGALA KEPUJIAN).

MUSLIMIN-MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH

3. HARI INI KITA TIDAK LAGI BERPUASA DAN KITA BERGEMBIRA SEPERTI KEGEMBIRAAN ORANG YANG SEDANG BERBUKA PUASA. SETERUSNYA KITA SEDANG MENUNGGU SAAT KEGEMBIRAAN YANG LEBIH BESAR LAGI IAITU SAAT BERSUA DENGAN ALLAH, SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH RASULULLAH SAW MELALUI SABDANYA:


لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا اِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفَطْرِهِ وَاِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ


(MAKSUDNYA: “BAGI ORANG YANG BERPUASA ITU ADA DUA KEGEMBIRAAN YANG MENGEMBIRAKAN, IAITU KETIKA BERBUKA PUASA IA BERGEMBIRA DENGAN MAKANANNYA DAN DI SAAT BERJUMPA TUHANNYA, DIA BERGEMBIRA DENGAN PUASANYA”.)

4. RAMADHAN AL-MUBARAK TELAH BERLALU, BEGITU JUGA BULAN-BULAN YANG LAIN. TAHUN BERLALU DAN BERGANTI TAHUN BERIKUTNYA, HINGGA MENGIKIS SISA-SISA UMUR KITA. KITA BERGEMBIRA DENGAN BERAKHIRNYA RAMADHAN DAN BERMULANYA SYAWAL, TANPA MENYEDARI BAHAWA BULAN INI SEUMPAMA LEMBARAN HIDUP KITA YANG DILIPAT SATU DEMI SATU SEHINGGA HABIS LIPATAN TERSEBUT. KETIKA ITU BARULAH KITA SEDAR BAHAWA TEMPOH HIDUP KITA DI DUNIA INI SUDAH TAMAT. DALAM HAL INILAH HASAN AL-BASRI PERNAH BERKATA:

“WAHAI ANAK ADAM, SESUNGGUHNYA ENGKAU ADALAH KUMPULAN HARI-HARI. SETIAP KALI SATU HARI BERAKHIR, MAKA SATU BAHAGIAN DARI HIDUPMU/UMURMU JUGA TURUT LENYAP.”

Monday, October 6, 2008

Selamat Berpuasa 6

Setelah kita berpuasa sebulan bulan Ramadhan, maka kita disunatkan untuk berpuasa 6 hari dibulan Syawal, dimana Nabi Muhammad saw memberi galakkan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan :

Maksudnya : "Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun penuh." (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr ialah al-Sanah yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinyatakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan.

Permasalahan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah.
Maka, sama-samalah kita mengerjakan amalan yang dituntut ini dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.