---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, October 8, 2008

Khutbah Syawal 1429H (Siri 2)



اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
MUSLIMIN MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH

5. PERLU DIINGAT BAHAWA DI ANTARA MANUSIA ADA YANG MENGADAP ALLAH HANYA PADA BULAN RAMADHAN SAHAJA. BERAKHIRNYA RAMADHAN BERAKHIRLAH JUGA AMAL IBADAH YANG BEGITU TEKUN DILAKSANAKAN SEPANJANG RAMADHAN. MEREKA DILANDA PENYAKIT MALAS, MUAK, MANGLI DAN SEUMPAMANYA. MASJID SUDAH JARANG DIKUNJUNGI, AL-QURAN SUDAH KADANG-KADANG SAHAJA DIBUKA, LIDAH TIDAK LAGI DIBASAHI DENGAN TAHLIL, TAHMID, TASBIH SERTA ZIKIR-ZIKIR YANG LAIN. IKTIKAF AMAT JAUH SEKALI. QIAMULLAIL APATAH LAGI. AMALAN SEDEKAH DAN SEUMPAMANYA TERUS MEMBEKU. SEOLAH-OLAH ALLAH HANYA LAYAK DISEMBAH PADA BULAN RAMADHAN. INGATLAH SESIAPA YANG MENYEMBAH BULAN RAMADHAN, SESUNGGGUHNYA BULAN RAMADHAN ITU TELAH PERGI DAN BERLALU. SEMENTARA ALLAH S.W.T TIDAK PERNAH MATI DAN SENTIASA HIDUP.

JUSTERU ITU MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA SEKELIAN SEBAGAI SEORANG MUKMIN, MUSLIM DAN MUTTAQIN UNTUK MENERUSKAN SEGALA AMALAN SOLEH SEPERTIMANA YANG DIAMALKAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN YANG BARU BERLALU SEPERTI SOLAT BERJEMAAH, SOLAT SUNAT, MEMBACA AL-QURAN, BERQIAMULLAIL, BERZIKIR, BERIKTIKAF, BERTAUBAT, BERDOA, BERSEDEKAH, BERADA DI DALAM HALAQAH ILMU DAN SEUMPAMANYA. KEDUDUKAN MEREKA YANG BERAMAL SOLEH TELAH DISEBUTKAN OLEH ALLAH SWT DALAM SURAH AN-NISAA’ AYAT 124:
MAKSUDNYA: ”DAN SESIAPA YANG MENGERJAKAN AMAL SOLEH, DARI LELAKI ATAU PEREMPUAN, SEDANG IA BERIMAN, MAKA MEREKA ITU AKAN MASUK SYURGA, DAN MEREKA PULA TIDAK AKAN DIANIAYA (ATAU DIKURANGKAN BALASANNYA) SEDIKITPUN”.

MUSLIMIN, MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH

6. MENYINSINGNYA FAJAR SYAWAL PADA PAGI INI TELAH MENGGAMIT KITA SEKELIAN MEMULAKAN AGENDA AIDIL FITRI DENGAN BERKUMPUL UNTUK BERSAMA-SAMA BERTAKBIR, BERTASBIH, BERTAHMID, MENGERJAKAN SOLAT SUNAT AIDIL FITRI, MENDENGAR DUA KHUTBAH SERTA DAPAT BERSILATURRAHIM SESAMA KITA UMAT RASULULLAH S.A.W. BEGINILAH CARANYA KITA DISURUH UNTUK MELAHIR DAN MENJURUSKAN RASA SYUKUR DAN KEGEMBIRAAN KITA MENGIKUT KERANGKA DAN PANDUAN ILAHI. FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 185:
MAKSUDNYA: ”DAN JUGA SUPAYA KAMU CUKUPKAN BILANGAN PUASA (SEBULAN RAMADAN), DAN SUPAYA KAMU MEMBESARKAN ALLAH KERANA MENDAPAT PETUNJUKNYA, DAN SUPAYA KAMU BERSYUKUR”.

7. KEMULIAAN AIDIL FITRI INI MARILAH KITA MANFAATKAN DENGAN BERMAAF-MAAFAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN. SIFAT BENCI-MEMBENCI DIGANTIKAN DENGAN SAYANG-MENYAYANGI, HENTAM-MENGHENTAM DIWARNAI DENGAN NASIHAT-MENASIHATI, BERMASAM MUKA KEPADA SENYUM MESRA, TIDAK BERTEGUR SAPA KEPADA TEGUR-MENEGUR ANTARA KITA, MAKI-HAMUN KEPADA KATA-KATA LUNAK MENUSUK KALBU, SIKAP PERSETERUAN KEPADA PERSAUDARAAN. PENDEKNYA SEMANGAT AIDIL FITRI KITA HIDUPKAN BAGI MENGHAYATI FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-HUJURAT AYAT 10:

MAKSUDNYA: ”SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU ADALAH BERSAUDARA, MAKA DAMAIKANLAH DI ANTARA DUA SAUDARA KAMU (YANG BERTELINGKAH) ITU; DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BEROLEH RAHMAT”.

No comments:

Post a Comment