Di tempat itulah dada Nabi Muhammad s.a.w dibedah dan hatinya disucikan dengan air zam-zam. Setelah segala "kotoran" hati (sifat-sifat buruk seperti : sombong, iri, dengki, rakus dan lain-lain) dihilangkan, Jibril mengisinya dengan ilmu, iman, hikmah dan keyakinan.
Kemudian Jibril meletakkan cap kenabian pada pundak Nabi Muhammad s.a.w. Dari telaga zam-zam mereka berangkat ke Masjidil Aqsa dengan mengenderai Buraq. Di tengah perjalanan, Jibril beberapa kali meminta Nabi turun dan melaksanakan solat. Pertama di Madinah, kedua di Madyan, ketiga di Bukit Thursina, keempat di Baitlehem hingga sampai ke Masjidil Aqsa.
Dari Masjidil Aqsa Baginda bersama Jibril meneruskan perjalanan Mi'raj ke Sidratul Muntaha, iaitu suatu tempat tertinggi di atas langit ke tujuh. Dengan demikian mereka melintasi pintu-pintu langit dari yang pertama sampai pintu langit ke tujuh.
Setiap pintu langit dijaga oleh malaikat. Di langit pertama Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s. Di langit kedua Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s, Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s, di langit ketiga Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s, di langit keempat Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s, di langi t kelima Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s dan di langit keenam Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Musa a.s, di langit ketujuh Nabi Muhammad s.a.w Nabi Muhammad s.a.w menyaksikan Baitul Makmur yang setiap harinya dimasuki 70,000 malaikat tanpa keluar lagi.
Seterusnya sampailah Nabi Muhammad s.a.w ke Sidratul Muntaha. Setelah menerima perintah Solat, nabi Muhammad s.a.w turun semula ke bumi.
No comments:
Post a Comment