---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, January 7, 2009

Rumah Hj Ridzuan Kecurian - Luahan Hati

Untuk makluman dan perhatian sahabat satu kejadian kecurian berlaku dirumah saya pada malam Isnin lepas dimana penceroboh tersebut telah memasuki bilik anak saya melalui balkoni belakang dan mengambil telefon bimbit serta wang tunai RM20.00 tanpa disedari.

Yang menjadi ketakutan sekarang ialah semasa kejadian anak saya sedang tidur didalam bilik cuba bayangkan sekiranya anak saya tersedar dan terkejut lalu menjerit apa yang akan terjadi atau sipenceroboh melakukan perkara yang tidak baik terhadap anak saya.

Pengajarannya disini ialah sentiasa berhati-hati dan pastikan keselamatan dan jangan mengambil mudah dan tidak peduli sekiranya terdengar sebarang bunyi yang luar biasa pada waktu malam (sebab pada malam tersebut memang saya ada terdengar bunyi macam benda jatuh dan saya terjaga serta terus pasang lampu bilik dan membuat pemeriksaan ringkas sahaja tanpa memasuki mana-mana bilik dan rasanya tak ada apa-apa dan tidur semula kemudian balik dari subuh disurau anak bagitau handphone dia orang curi dan sliding-door dengan grill kena buka)

Berikutnya saya membuat laporan polis dan dimaklumkan bahawa kawasan ampang ni memang serius dengan kejadian kecurian semasa saya buat repot pagi tu pun dan ada 6 kes pecah rumah dilaporkan ini tak termasuk yang tak mahu buat aduan sebab barang tak hilang atau gagal masuk.

Langkah berhati-hati yang perlu diambil.
  1. Maklumkan anak sekiranya hal ini terjadi apa yang patut dia lakukan dan jangan cuba nak jadi hero.
  2. Sediakan senjata untuk setiap orang sekurang-kurangnya untuk mempertahankan diri.
  3. Dapatkan nombor telefon jiran-jiran terdekat atau ahli-ahli jemaah kita untuk dihubungi dalam keadaan kecemasan.
  4. Simpan nombor telefon Balai Polis Bukit Indah 03-4295222 dan 03-42524866 Bilik Gerakan Polis Ampang Jaya.
  5. Cadangan lain adalah dialu-alukan.
Sebagai orang islam kita kena redha apa yang berlaku dan ada hadith sahih yang menyatakan sesuatu musibah itu berlaku sebagai satu kifarah atas dosa-dosa yang kita lakukan. Semoga Allah mengampuni dosa kita, tetapi kita juga wajib mengambil langkah-langkah bagi mencegah sesuatu kejadian buruk itu berlaku .

Wallahu a'lam.
Hj Ridzuan Ahmad

1 comment:

  1. Banyak yang perlu dilakukan di Bukit Indah ini. Moga majlis dialog bersama YB yang bakal kita adakan pada 8hb. Februari, 2009 ini akan menjadi titik permulaan kepada langkah yang lebih konkrit bagi mengatasi masalah sosial, kecurian dan sebagainya.

    Jangan tak datang yob.

    ReplyDelete