---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sunday, October 21, 2012

Adat Berkampong Cik Gu Hj Roselan

Alhamdulillah, malam tadi berlangsungnya Majlis Berkampong di kediaman Cik Gu Hj Roselan bagi membuat persiapan kenduri kahwin anak perempuannya pada 11hb Nov 2012 nanti. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat diketuai oleh Imam Tn Hj Salleh.

Malam tadi juga bertembung dengan Perlawanan Badminton Terbuka Denmark dimana Datuk Lee Chong Wei melawan Jorgensen dari Denmark dan juga Final Bola Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM, namun ahli qariah yang hadir tetap meneruskan majlis berkampong sehingga selesai.

Istiadat berkampong diketuai oleh Tn Hj Rasali kerana beliau berpengalaman dengan hal nikah kahwin ni, almaklumlah pernah bermenantu dan bercucu pun... dah naik pangkat jadi Datok Rasali daaahhh......

Majlis merumuskan :

1. Majlis berlangsung: 11hb Nov 2012 (AHAD)
2. Majlis Khatam Quran dan akad nikah: 11hb Nov 2012 (AHAD) jam 10 pagi. Majlis ini akan diketuai oleh muslimah.
3. Majlis jemputan akan bermula jam 11:30 pagi hingga 5 petang.
4. Seperti biasa untuk keselamatan dan juga tempat letak kereta, anggota RELA telah ditempah.
5. Khemah akan didirikan dihadapan rumah dan juga di atas padang bersebelahan rumah Abg Nan
6. Ahli qariah samada mempunyai uniform atau tidak diminta memberi khidmat pada hari tersebut samada sebagai penyambut tetamu atau sebagainya seperti menjaga lauk pauk.
7. Oleh kerana sekarang adalah musim hujan, maka persediaan sepepagi hari Ahad 11hb Nov 2012 dengan mengambil besi longkang surau.
8. Katering telah pun ditempah.
9. Cenderahati tetamu akan diletakkan dibawah khemah yang akan dipasang nanti.
10. Rumah persinggahan pengantin lelaki adalah di Homestay Kg Melayu, Ampang.
11. Persiapan papan tanda arah akan dibuat secara gotong royong pada hari Khamis malam Jumaat di surau dan mula pasang pada hari Sabtu malam Ahad, diketuai oleh Tn Hj Hairuddin,

Majlis disudahi dengan jamuan makan malam dan tidak lupa siaran secara langsung badminton terbuka Denmark. Datuk Lee Chong Wei ke final. Syabas Datuk!!

Antara gambar sempat dirakam:





No comments:

Post a Comment