---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, October 6, 2010

Selamat Berangkat ke Mekah

Bulan Syawal sudah hampir ke penghujungnya, bagaikan baru semalam kita berpuasa. Dunia berputar begitu cepat sekali. Bulan haji pula kunjung tiba. Ada antara ahli qariah kita yang akan berangkat ke Tanah Suci seawal penerbangan pertama.

Perasaan berkobar-kobar tak terkira bagi setiap insan yang menjadi tetamu Allah, terbayang Baitullah, Mina, Wukuf di Arafah dan sebagainya. Maklum sajalah, menjadi tetamu istimewa Allah SWT. Berbagai dugaan dan rintangan harus ditempuhi.

Bagi pihak AJK Surau, kita mendoakan anak-anak kariah yang akan menunaikan Ibadah Haji, semoga selamat berangkat dan selamat pulang.

Kita mendoakan Allah SWT memberikan kesihatan yang baik sepanjang berada ditanah suci dan sempurna melaksanakan haji meliputi rukun, wajib dan sunat-sunat haji dan dikurniakan haji mabrur, InsyaAllah

Antara ahli qariah kita yang akan berangkat ke tanah suci ialah Sdra Abg Yusof dan isteri, Sdra Che Ibrahim dan isteri serta Sdra Mohammad Syazli bin Fathi serta ibu beliau. Gambar berikut adalah dipetik dari Majlis Tahlil Doa Selamat yang diadakan di kediaman Sdra Abg Yusof minggu lalu.

Bacaan tahlil dan doa selamat diketuai oleh Tn Hj Radzuan b Ahmad.

No comments:

Post a Comment