---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, June 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Mohd Azhar & Nor Sabrina

Amin...Amin...Amin... Ya Robbal'alamin!!! Syukur Alhamdulillah, kehadhrat Allah jua kita panjangkan rasa kesyukuran dan kenikmatan yang telah dikurniakan kepada kita semua. Hari ini terciptalah satu sejarah dalam keluarga Tn Hj Roslan dan Hjh Hasnah sekeluarga atau lebih senang dikenali dengan panggilan Cikgu Roslan dan Kak Hasnah.

Tanggal 5hb Jun 2010 yang lalu, rombongan mereka sekeluarga telah selamat ke Kuala Krai , Kelantan untuk upacara akad nikah anakanda mereka Mohd Azhar b Hj Roselan dan pasangannya Nor Sabrina bt Mohd Nor.

Hari ini, 12hb Jun 2010, tibalah pula giliran Cikgu Roslan sekeluarga mengadakan majlis sambut menantu. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Quran oleh ahli qariah Surau At-Tarbiyyah dirumah beliau tepat jam 10 pagi.

Majlis Khatam dikemudikan oleh Imam 3 Tn Hj Radzuan b Ahmad. Beberapa hli qariah dan keluarga Cikgu Roslan mengambil bahagian dalam majlis ini. Bermula Surah Ad-Dhuha hinggalah An-Nas disusuli dengan doa khatam Quran.


Pakaian Cikgu Roslan sekeluarga yang sedondong menceriakan lagi majlis sejak pagi lagi. Lihatlah gaya Cikgu Roslan dan isteri Hjh Hasnah secara sepontan sebelum ketibaan tetamu.

Tepat jam 12 tgh para tetamu telah mula tiba dan menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh FARIS CATERING. Kelihatan tetamu istimewa Tn Hj Zainal dengan penuh semangat mengambil juadah yang disediakan....baik-baik Tn Hj!!!!

Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari!! Hari yang terang benderang dari pagi tiba-tiba hujan rahmat mencurah turun walaupun tidak selebat mana tetapi cukup untuk membasahkan tetamu yang hadir.

Apa lagi, penyambut tetamu yang tidak asing lagi Tuan Pengerusi Surau At-Tarbiyyah, Tn Hj Syed Salim b Syed Abu Bakar dan Tn Hj Rasali b Abd Rahman basah kuyup lah... namun beliau cukup tabah macam dah biasa je main hujan!!!! Tengoklah ni sempat lagi ber"posing". Baju dah melekat kat badan tu hah!!

Inilah pelamin untuk pengantin yang tersergam indah menunggu kedua-dua mempelai untuk disandingkan.

Hujan reda tepat jam 1:30 petang, seolah-olah tau itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu. Kedua-dua mempelai telah tiba untuk diarak masuk ke perkarangan rumah dan dibawa ke pelamin yang tersergam indah.

Lihatlah kedua-dua pengantin, sama padan, sama elok, bagai pinang dibelah dua, di arak masuk ke pelamin

Inilah kelainannya, pengantin diarak sambil kompang dipalu oleh Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Cawangan Hulu Langat. Panjang berbaris tu hah... bunyi pun bergegar jantung ni hah.... tahniah anak-anak semua..

Ini pula barisan rombongan dari Kuala Krai, Kelantan... keluarga pihak pengantin perempuan...

Rombongan lelaki ahli keluarga pengantin perempuan turut sama berarak bersama pengantin

Sebaik pengantin masuk dan bertakhta disinggahsana pelamin, anak-anak ini terus bernasyid diiringi oleh paluan alat muzik yang dibawa khas. Doa selamat ke atas pengantin dibacakan oleh Tn Hj Ahmad b Kholidiyah.

Gong, gendang besar, kompang dan macam-macam lagi... nasyid dialun, lagu disusun, pakaian yang santun, gaya ditonton... memang hebat anak-anak ni...

Dah penat bernasyid kan.... sorruuu lah pulak.... tekak pun dah kering ni.... makan dik..makan!! jangan malu-malu....

Berselera sungguh anak-anak ni.. maklumlah ada makcik yang jaga ni hah... siap tambahkan lagi... macam kenal je ni...

Memang tak kusangka, anak-anak ni beratur panjang dihadapan khemah menunggu pengantin keluar rupanya... untuk apa??? Hanya untuk mengucapkan tahniah dan selamat tinggal kepada kedua-dua mempelai... aduhhhh..tersentuh hati rasanya...

Para tetamu pun dah ramai yang balik, apa lagi... kedua-dua pengantin sempat bergambar dengan ayah dan mak..Cikgu Roslan dan Hjh Hasnah..

Ni macam biasalah... nak tak nak mesti spare sikit kamera ni... Pengerusi kita tak sabar nak bergambar dengan pengantin.... tak apa... no problem... bisa diaturrrrr!!!

Majlis telah berakhir, tetamu dah beransur, khemah telah dikemas, meja dah pun dah dilipat, kerusi dah disusun tinggi, pengantin pun dah penat, apa lagi?? Jomlah kita balik... SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MOHD AZHAR DAN NOR SABRINA, semoga kekal hingga ke akhir hayat, bahagia buat selama-lamanya.

Kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini, Tn Hj Roslan dan keluarga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga, jasa dan budi anda semua, Allah jualah yang membalasnya... AMIN...

No comments:

Post a Comment