---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Friday, July 18, 2008

Program Khairat


Malam Jumaat semalam, 17hb Julai 2008, kita telah membuat pengumuman tentang program kutipan untuk melaksanakan program membeli keperluan peralatan kenduri dianggarkan berjumlah RM5000.00.
Melalui program ini surau akan mempunyai peralatan yang mencukupi untuk keperluan kenduri-kendara bagi kegunaan ahli qariah dan ahli juga dialu-alukan untuk menyertai gotong royong kerja-kerja memasak dan pengendalian majlis kenduri-kendara tersebut.
Bagi melihat program tersebut terlaksana, setiap ahli perlu memberi sumbangan ikhlas minima sebanyak RM200.00 dan sebagai ahli mereka boleh menggunakan peralatan tersebut secara percuma.
Program pertama kita ialah kenduri kahwin Along anak Pak Leh bulan Ogos ni dan beliau memohon kita bergotong-royong menjayakan majlis tersebut dari kerja masak-memasak sehingalah majlis kenduri-kendara selesai.
Kerjasama ahli qariah sekalian bagi menjayakan program dan hasrat ini dan sumbangan segera dari tuan-tuan yang mulia amatlah diharapkan . Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Bendahari Sdr Hamzah, Setiausaha Sdr Pok Ya, Sdr Hj Rasali dan Sdr Hj Riduan.

Semoga Allah sentiasa memberi rahmat ke atas hamba-hambaNya.

No comments:

Post a Comment