---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, April 13, 2023

Mengapa dinamakan Lailatul Qadar



Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar?

Dalam tafsir, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan. Kata Sheihk al-Azhar ini:

والقدر الذي أضيفت إليه الليلة، بمعنى الشرف والعظمة، مأخوذ من قولهم: لفلان قدر عند فلان، أى: له منزلة رفيعة

“Dan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai “memiliki Qadar” iaitu memiliki kemuliaan.

Manakala sebahagian sarjana yang lain pula berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman:

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ

“dan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.”
(Surah al-Fajr 89:16)

Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambaNya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi ﷺ sendiri.

Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti pula, dinamakan Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau:

أَنَّهَا سُمِّيَتْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ; لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَدِّرُ فِيهَا وَقَائِعَ السَّنَةِ،

“Dinamakan sebagai Lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.”

Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

*Kredit: Nutrisi Quran Daily Al-Muttaqin
~~~    

‎أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

‎اَللّٰهُمَّ ارْ زُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ
‎فِي هٰذِ السّنَةِ وفِي كُلِّ سَنَةِ

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, Rezekikanlah kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada setiap tahun akan datang.”



No comments:

Post a Comment