---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Friday, January 30, 2009

Program Kelas Belajar Al-Quran Peringkat Asas

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Bacalah oleh Mu Al-Quran, kerana ia akan datang pada Hari Qiamat kepada sesiapa yang membacanya" Hadis Riwayat Muslim.

Dan Riwayat Bukhari daripada Nabi Muhammad s.a.w: "Sebaik-baik orang dikalangan kita adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya".

Pihak Pengurusan Surau At-Tarbiyyah sedang merangka satu Program Belajar Al-Quran Peringkat Asas bagi ahli qariah . Penguasaan dalam mengenal huruf, sebutan makhraj yang betul dan memahami hukum tajwid dalam pembacaan Al-Quran merupakan syarat utama untuk kita menguasai pembacaan Al-Quran dengan baik.

Matlamat

Membantu ahli qariah supaya boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Objektif

Membantu ahli qariah agar dapat membaca al-Quran dengan betul dan lancar
Meramaikan lagi bilangan ahli qariah turut serta dalam Majlis Tadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadan akan datang
Membudayakan aktiviti pembacaan al-Quran dikalangan ahli qariah

Sasaran Peserta

Buat masa ini penyertaan hanya dibuka kepada kaum bapa sahaja.

Aktiviti Kelas Pengajian

1. Program Asas Al-Quran
- Menggunakan Buku Iqra’ Jilid 1 hingga 6 (Buku Iqra’ akan disediakan oleh pihak surau)

2. Program Membaca Al-Quran
- Tasmik
- Tadarus Al-Quran
- Majlis Khatam Quran


Jadual Waktu

Buat masa ini jadual yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa adalah:

· Setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu selepas waktu Isyak
· Kelas pertama akan diadakan pada hari Isnin, 9hb Feb 2009 bersamaan 13 Safar 1430H.

Yuran Penyertaan

Tiada yuran khusus yang akan dikenakan. Mana-mana ahli Qariah yang ingin menyumbang secara ikhlas, boleh berbuat demikian terus ke Tabung Surau atau melalui Bendahari, Sdr Hamzah Mohamad.

Tenaga Pengajar

Buat masa ini tenaga pengajar adalah terdiri daripada ahli-ahli Qariah Surau At-Tarbiyyah. Tenaga Pengajar luar mungkin akan dilantik setelah semua peserta dapat membaca Al-Quran dengan baik.

Penutup

Marilah kita sama-sama belajar membaca Al-Quran kerana jika kesalahan berlaku semasa kita membaca Al-Quran akan dimaafkan sebaliknya jika kita tidak dalam pembelajaran, bacaan yang salah akan mengundang dosa. Lagi banyak kita baca lagi banyak kita mengumpul dosa.

Hadith Riwayat Muslim :
“Apabila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid/surau) sambil membaca Al-Qur’an dan saling bertadarus bersama-sama, niscaya akan turun ketenangan atas mereka, rahmat Allah akan meliputi mereka, para malaikat akan melindungi mereka dan Allah menyebut mereka kepada makhluk-mahkluk yang ada di sisiNya"

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Siapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan sehingga mampu melahirkan ahli qariah yang mahir membaca Al-Quran. Oleh itu kepada peserta yang berminat, bolehlah mengisi borang yang dilampirkan dan kembalikan kepada mana-mana AJK Surau At-Tarbiyyah secepat mungkin atau selewat-lewatnya pada hari Khamis 5hb Feb 2009.

6 comments:

  1. بسم الله الرحمن الرحيم

    السّلام عليكم و رحمة الله

    Ikuti kelas-kelas pengajian Al-Quran, Tajwid & Bahasa Arab di sekitar Kuala Lumpur, & Selangor
    http://KelasQuran.blogspot.com/

    Senarai kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid
    http://KelasQuran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Al-Quran

    Senarai kelas-kelas Bahasa Arab
    http://KelasQuran.blogspot.com/search/labe...20Bahasa%20Arab

    Tafsir Al-Quran
    http://KelasQuran.blogspot.com/search/labe...fsir%20Al-Quran

    Al-Quran online
    http://KelasQuran.blogspot.com/search/labe...-Quran%20Online

    Download mp3 Al-Quran
    http://KelasQuran.blogspot.com/search/label/mp3

    Fadhilat Membaca dan Menghafal Al-Quran
    • "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)
    • "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
    • "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)
    • "Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
    • "Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)
    • "Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)
    • Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)
    http://KelasQuran.blogspot.com/2008/10/fad...l-al-quran.html

    جزاك اللهُ خيراً

    http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Al-Quran

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum w.b.t,
    saya berminat untuk menyertai program ini ttp, adakah program ini sudah dibuka untuk pelajar wanita?

    ReplyDelete
  3. saya nak mempelajari al-quran dari asas namun tidak tahu bagaimana caranya,boleh hubungi saya di 0176736865

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum....
    saya zolkefli berminat nak belajar al quran.tapi saya dok dekat taman dato ahmad razali.layak tidak saya menyertai program ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zol,
      Buat masa ni kelas dewasa dihentikan sementara, dan insyallah Zol boleh join tadarus bulan Ramadhan nanti... samping bertadarus boleh betulkan bacaan.... Insyallah

      Delete