---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Friday, February 5, 2010

La Tahzan - Fikirkanlah dan Syukurilah

Ertinya, ingatlah setiap nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Kerana Dia telah melipatkan nikmat-Nya dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.

Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya. (QS. Ibrahim: 34)
Kesihatan badan, keamanan negara, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup kita. Namun begitulah, kita memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyedarinya. Kita menguasai kehidupan, tetapi tak pernah mengetahuinya.
Dan, Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu lahir dan batin. (QS. Luqman: 20)

Kita memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan? (QS. Ar-Rahman: 13)

Apakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang mudah, sedang kaki acapkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus menerus tiada henti? Apakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya tidak kuat dan suatu ketika patah?

Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita manakala tertidur lelap, ketika sanak saudara di sekitar kita masih ramai yang tidak boleh tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah kita merasa nista manakala dapat menyuap makanan lazat dan minuman dingin saat masih ramai orang di sekitar kita yang tidak mampu makan dan minum kerana sakit?

Coua fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan kita dari ketulian. Cuba renungkan dan raba kembali mata kita yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit kita yang bebas dari penyakit kusta dan sopak.

Dan renungkan betapa dahsyatnya fungsi otak kita yang selalu sihat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Adakah kita ingin menukar mata kita dengan emas sebesar gunung Uhud, atau menjual pendengaran kita seharga perak satu bukit?

Apakah kita mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah kita, hingga kita bisu? Mahukah kita menukar kedua tangan kita dengan untaian mutiara, sementara tangan kita kudung?

Begitulah, sebenarnya kita berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh, tetapi kita tidak menyedarinya. Kita tetap merasa resah, suntuk, sedih, dan gelisah, meskipun kita masih mempunyai nasi hangat untuk dimakan, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur, dan kesihatan untuk terus berkerja.

Kita acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga kita pun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa kita mudah tergoncang hanya kerana kerugian. Padahal, sesungguhnya kita masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagian, kurnia kenikmatan, dan lain sebagainya.

Maka fikirkan semua itu, dan kemudian syukurilah!

Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan. (QS. Adz-Dzariyat: 21)

Fikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan apa saja yang tersedia di sekeliling kita.

Dan janganlah termasuk golongan Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya. (QS. An-Nahl: 83)

No comments:

Post a Comment