
Seorang Yahudi bernama Labid b Al-A'sam daripada Bani Zuraiq, salah seorang munafik telah mengenakan ilmu hitam (sihir) terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
Dia telah mengambil rambut Nabi Muhammad dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkannya di bawah sebuah batu berhampiran dengan telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami kekeliruan dan waswas tentang perkara yang telah dilakukan atau yang belum dilakukan Baginda (walaupun perkara itu tidak mempengaruhi ajaran atau sifat kenabian Baginda s.a.w).
Dalam keadaan itu, malaikat Jibril turun menghadap Baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah Al-Nas. Baginda bersama-sama para sahabat pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut.
Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan setelah simpulan ke-11 terurai, maka bebaslah Baginda daripada pengaruh ilmu hitam tersebut.
(Tafsir Ibn Kathir dan Ma'arif Al-Quran)
No comments:
Post a Comment