Alhamdulillah, Pada hari Ahad 25hb Julai 2010 lepas Isyak, telah berlangsung majlis "berkampung" di kediaman Tn Hj Fathul Rahman b Hj Sahari di No:34, Jalan Bukit Indah 1/13, Tmn Bkt Indah, Ampang.
Majlis ini adalah sebagai persediaan majlis sambut menantu pada 31hb Jul 2010 akan datang iaitu hari Sabtu ini di kediaman beliau. Anakanda sulong beliau Mohammad Elly Azreen telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Noor Salsabil bt Ali di Kuala Pilah pada 3hb Jul 2010 yang lalu.
Antara yang dibincangkan adalah perkara-perkara asas yang dititikberatkan ketika majlis perkahwinan seperti:

- Kedudukan khemah - terdapat 8 khemah untuk jamuan makan dan 2 khemah khusus untuk bahagian dapur/lauk
- Ruang makan pengantin
- Penyambut tetamu untuk 2 arah - lebih kurang 6 orang penyambut tetamu diperlukan
- Khemah sementara bagi tetamu dan juga jemaah berehat
- Melantik ketua bahagian lauk-pauk ketika majlis berlangsung
- Memasang papan tanda arah pada hari Jumaat malam Sabtu lepas Isyak
- Melantik anggota rela bagi mengawal lalu lintas dan letak kereta
- Penyediaan tempat cenderahati (door gift)
- Keselamatan rumah ketika majlis
- Surau bagi menempatkan 40 ahli keluarga pengantin perempuan
- Bacaan doa majlis
- Majlis khatam Quran oleh kaum muslimah am 9 pagi Sabtu
No comments:
Post a Comment