Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
- Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya
Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya :
Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli
al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)
dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat
Ibnu Majah)
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi
imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi
mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah
di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada
salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
- Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu
adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca
Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu
bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan
melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam
rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat
Imam Ahmad , Abu Daud)
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah
ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al-
Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada
para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat
Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca
satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya
(al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata
bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf
dan mim itu satu huruf (Riwayat
Tarmizi)
Oleh itu tidak
hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi
penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai
sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
No comments:
Post a Comment