Firman Allah swt:
"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45) . Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'.
Syarat wajib solat:
- Islam
- Baligh
- Berakal
Syarat sah solat:
- Suci badan dari dua hadas.
- Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
- Menutup aurat.
- Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
- Yakin masuk waktu solat.
Perkara-perkara yang membatalkan solat:
- Keluar/kedatangan hadas.
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.
- Makan/minum walau sedikit.
- Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).
- Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
- Terkena najis yang tidak dimaafkan.
- Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.
- Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
- Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
- Meninggalkan rukun solat.
Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:
- Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam.
- Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya.
- Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam.
- Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.
- Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.
Perbuatan sunat sebelum solat:
- Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
- Iqamah.
- Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.
Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:
- Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
- Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
- Ketika matahari di tengah-tengah langit.
- Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
- Ketika masuk matahari.
Sumbangan: Lt Kol Tn Hj Amran Haron
Imam Surau At-Tarbiyyah
No comments:
Post a Comment