---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

GOTONG ROYONG PERDANA INSYALLAH AKAN DIADAKAN PADA 1HB MEI 2012, SEMPENA CUTI HARI PEKERJA. AHLI QARIAH YANG BERKELAPANGAN DIJEMPUT HADIR. TERIMA KASIH

Thursday, December 9, 2010

Soal selidik Program Kelas Al-Quran

Pihak Pengurusan surau sedang merangka satu program Kelas Membaca Al-Quran (Muqaddam) kepada anak-anak qairah Tmn Bukit Indah, dari umur 5 tahun keatas. Kelas ini akan diurustadbir oleh pihak Surau At-Tarbiyyah dengan bantuan Guru Al-Quran.

Oleh yang demikian, satu borang soal selidik telah diedarkan untuk ahli qariah semua bagi membuat bancian mengenai sambutan ibubapa dan anak-anak mengenai kelas yang akan diperkenalkan nanti.

Jika sambutan adalah menggalakkan, insyallah kelas akan dimulakan pada awal tahun hadapan, 2011. Semoga ahli qariah semua menggunakan peluang ini untuk bersama-sama mempertingkatkan mutu bacaan Al-Quran anak-anak kita. Harap maklum.

0 comments:

Post a Comment